Assalmu'alaikum
Beruntunglah anda kaum wanita !!!
Sekadar renungan buat
insan yang bergelar wanita.
Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita.
Betapa bertuahnya menjadi wanita.
Bersyukurlah karena menjadi wanita.
Istimewanya Wanita :
1.
Doa wanita lebih makbul
daripada lelaki krn sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika
ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda "Ibu
lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan
sia-sia."
2.
Wanita yang solehah (baik) itu
lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
3.
Barang siapa yang
menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa
menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan
diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4.
Barang siapa yang membawa
hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya,
maka pahalanya seperti bersedekah Hendaklah mendahulukan anak perempuan
daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi
Ismail A.S.
5.
Wanita yang tinggal bersama
anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.
6.
Barang siapa mempunyai tiga
anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua
saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan
mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya
adalah syurga.
7.
Daripada Aisyah r.a.
"Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya,
lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang
baginya daripada api neraka.
8.
Syurga itu di bawah telapak
kaki ibu.
9.
Apabila memanggil akan engkau
dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10.
Wanita yang taat berkhidmat
kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu
syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11.
Wanita yang taat akan suaminya, semua
ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan,
semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan
direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12.
Aisyah r.a. berkata "Aku
bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya terhadap
wanita ? Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap
lelaki ?" Jawab Rasulullah S.A.W. "Ibunya."
13.
Perempuan apabila sembahyang
lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan
suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang dia kehendaki.
14.
Tiap perempuan yang menolong
suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga
lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15.
Apabila seseorang perempuan
mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16.
Apabila seseorang perempuan
mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang
yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.
17.
Apabila seseorang perempuan
melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya
melahirkannya.
18.
Apabila telah lahir (anak) lalu
disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu
kebajikan.
19.
Apabila semalaman (ibu) tidak
tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala
seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah
S.W.T.
20.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
21.
Seorang wanita yang jahat
adalah lebih buruk dari pada 1,000 lelaki yang jahat.
22.2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada
80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
23.Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya
(ASI) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap tetes susu yang diberikannya.
24.Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di
dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
25.Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang
melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat
26.Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan
Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun
lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari
dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan
menunggang kuda yang dibuat daripada yakut
27.Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak
yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia
hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
28.Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah"
akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
29.Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah",
Allah akan berkatkan rezekinya.
30.Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
seperti menyapu lantai di baitullah.
31.
Wanita yang hamil akan dapat
pahala berpuasa pada siang hari
32.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
33.Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa
dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
34.Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia
akan dikira sebagai mati syahid.
35.Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12
tahun solat.
36.Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn), maka
malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.
37.Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,
Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
38.Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala
7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7
tola perak.
39.Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan
memasuki syurga.
40.Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala
80 tahun ibadat.
41.
Semua orang akan dipanggil
untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada
wanita yang menutupi auratnya di dunia ini dengan istiqamah.
Wassalam